Belum Nampak Keyakinan Rakyat Terhadap Najib Walau Rombak Kabinet - Tun M
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat rombakan kabinet yang baru dilakukan pada Selasa lalu belum menampakkan lagi keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri Najib Razak.
"Saya baca blog, Facebook...tak nampak lagi perubahan (kembalikan keyakinan).
"(Jika) dia (Najib) baca komen orang ramai, dia akan tahu. Orang lahirkan pandangan mereka di Internet," katanya memetik mStar hari ini.
Malah Mahathir menyifatkan hanya Perdana Menteri sahaja merasakan kepimpinan kerajaan ini adalah yang terbaik, meskipun beliau ada hak untuk berbuat demikian.
"Kita berhadapan rombakan Kabinet setiap masa.
"Saya rasa PM fikir dia mempunyai Kabinet yang baik," ujarnya lagi apabila diminta mengulas perkembangan semasa negara yang menyaksikan beberapa nama besar dalam kabinet digugurkan, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mahathir juga berkata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. -Siakapkeli.my