Australia Enggan Kait Penemuan Bagasi Dengan Kehilangan MH370
SYDNEY: Ketua Biro Keselamayan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan 'cuba' menolak persepsi masyarakat yang mengaitkan penemuan satu bagasi yang koyak di Pulau Reunion dengan pesawat MH370.
"Daripada apa yang kita faham setakat ini, terdapat alasan yang sangat kurang untuk berfikir positif tentang beg itu.
"Tidak ada petunjuk yang jelas ia sudah lama berada di dalam air dan sebagainya.
"Jelas sekali ia perlu diperiksa dengan teliti dan keputusan dibuat dengan baik tetapi kita tidak mempunyai tahap keyakinan yang sama terhadapnya sebagai bahan bukti yang berpotensi," katanya.
Beg berkenaan yang dijumpai semalam berada tidak jauh dari serpihan pesawat yang ditemui itu.
Ramai beranggapan ia mungkin milik salah seorang penumpang MH370 yang hilang tahun lalu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Operasi pencarian yang dijalankan oleh ATSB di kawasan seluas lebih 50,000 km persegi di selatan Lautan Hindi, tetapi tidak ada bukti fizikal yang pernah dijumpai.
Pihak berkuasa merancang untuk mencari kawasan seluas 120,000 km persegi. -Siakapkeli.my