Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

1MDB : Pengarah Urusan Bergelar Datuk Direman

22 Jul 2015
No Comment

PUTRAJAYA: Seorang pengarah urusan sebuah firma yang mempunyai kaitan dengan 1MDB ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB.

Individu yang bergelar Datuk itu merupakan individu kedua yang ditahan oleh pasukan petugas khas yang bertanggungjawab menyiasat isu 1MDB.

Individu terbabit ditahan di sebuah pusat membeli belah pada selasa lalu dan dibawa ke ibu pejabat SPRM untuk disoal siasat.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi, suspek disiasat kerana menerima rasuah di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM.

Sebelum ini, seorang pengarah sebuah syarikat pembinaan ditahan reman empat hari selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "