“Ketika di awal karier saya, ketua syarikat rakaman pernah memberitahu saya – kamu mungkin perlu menanggalkan tudung – tapi tudung ialah identiti saya. Saya telah diminta untuk tanggalkan apa yang merupakan sebahagian dari hidup saya supaya boleh melakukan apa yang saya suka.
“Dan pada waktu itu, saya fikir saya perlu melakukan pengorbanan ini. Perlahan-lahan, saya belajar untuk mengatakan – tidak, inilah diri saya. Ini identiti saya dan saya mahu meneruskannya,” kata Yuna.
Yuna kini bukan sahaja dikenali oleh peminatnya di Malaysia, beliau kini mendapat tempat di dunia hiburan Hollywood apatah lagi bekerjasama dengan beberapa komposer hebat seperti David Foster.
Sementara itu Yuna akan membuat persembahan di WOW – Women of the World Festival di Harlem, New York pada 11 sehingga 14 Jun. -Siakapkeli.my