Lumrah menjadi artis, apa sahaja yang dipakai atau dilakukan pastinya menjadi perhatian peminat mereka.
Emma Maembong, yang popular dengan drama Isteri Separuh Masa ditegur peminatnya selepas dikatakan memakai seluar ketat dan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.
Mungkin cutting seluar yang dipakai Emma jenis skinny atau legging, kot?
Seperti biasalah, banyak komen-komen yang muncul di laman Instagramnya yang meminta Emma mengubah cara berpakaiannya, apatah lagi kini membawa imej muslimah.
Rasanya ini bukan kali pertama bekas kekasih Zizan Razak ini ditegur peminat, namun Emma seperti kebiasannya tidak mudah melenting. Eloklah begitu kan? -Siakapkeli.my