Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

VIDEO: Seorang Penumpang Berjaya Rakam Kapal Terbang Yang Dinaikinya Disambar Kilat

27 Jun 2015
No Comment


Seorang penumpang yang berada di dalam pesawat Korean Air penerbangan dari Singapura ke Seoul telah berjaya merakam detik yang tidak disangka apabila pesawat yang dinaikinya itu telah disambar petir.

Penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Myagmarsuren Ricci telah merakam suasana permandangan luar pesawat tersebut melalui tingkap menggunakan GoPro miliknya.

Semesa asyik merakam suasana yang menampakkan sayap kiri pesawat berkenaan, tiba-tiba kelihatan satu cahaya yang besar menyambar sayap pesawat berkenaan.

Bagaimanapun panahan kilat berkenaan sebenarnya tidak memberi apa-apa masalah pun kepada pesawat berkenaan, malahan selemat mendarat di Seoul lebih awal beberapa minit.


Jurucakap Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan British (BALPA), Kapten Steven Draper berkata panahan kilat yang mengenai pesawat sebenarnya tidak merosakkan pesawat kerana sesebuah pesawat telah direka untuk mengalirkan arus kilat keluar ke darat.

“Juruterbang biasanya menggunakan radar cuaca untuk mengelak daripada melalui kawasan yang paling teruk dilanda ribut.” ujarnya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "