KUALA LUMPUR: Masih enggan mengulas kontroversi gambar separuh bogel yang didakwa miliknya, pelakon Tasha Shila menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat siapakah dalang disebalik tindakn itu.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai isu berkenaan dan biarlah pihak polis yang melakukan siasatan memandangkan ia sudah menjadi kes jenayah.
"Mungkin saya banyak berdiam diri sebelum ini tetapi sebenarnya saya berjuang dalam diam.
"Saya tidak perlu kongsi dengan masyarakat kerana ia adalah privasi dan biarlah hanya saya yang tahu," katanya.
Tasha memberitahu sudah membuat laporan polis pada 9 Jun lalu.
Jelasnya lagi, meskipun tidak mahu mempedulikan pandangan orang ramai berhubung gambar itu, namun Tasha mengakui dirinya sedikit terluka sekaligus menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita.
"Kecewa sebab ada pihak hendak jatuhkan maruah saya tetapi ia tidak melemahkan semangat saya kerana ini adalah ujian daripada-Nya.
"Sebagai umat Islam berdoa adalah senjata penting untuk saya sekarang," katanya. -Siakapkeli.my