Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

VIDEO: Penjelasan Mengenai Gambar Lelaki Yang Diedit, Tiada Kaitan Dengan Video Budak Sekolah Bergaduh

27 Jun 2015
No Comment


Sebelum ini tersebar sebuah video yang menjadi viral dilaman sosial budak sekolah bergaduh dan SK ada melihat video berkenaan. Secara tidak semena-mena pula tidak lama selepas itu SK terjumpa video berkenaan telah diedit dengan meletakkan seorang lelaki di sebelah video tersebut.

Dari kepsyen 'baru' yang ditulis mengatakan itulah lelaki yang menjadi rebutan budak-budak sekolah tersebut sehingga bergaduh.

VIDEO ASAL SEBELUM DIEDIT: Video : Lagi Pelajar Sekolah Bergaduh Kerana Berebut Lelaki

Rata-rata komen dari netizens boleh dikatakan negatif dengan lelaki di dalam gambar berkenaan dijadikan bahan kritikan dan makian.

Tetapi tahukah anda sebenarnya lelaki yang diletakkan gambarnya di dalam video berkenaan sebenarnya tidak terlibat?.

Seorang lelaki melalui laman Facebooknya bernama Wee Sulaiman di mana beliau merupakan pemilik sebuah syarikat pencetakan baju.



Penjelasan gambar model baju NAPASIRO dalam video pergaduhan budak sekolah.
Posted by Wee Sulaiman on Wednesday, June 24, 2015

Menurut beliau video tersebut telah diedit olehnya sendiri dengan meletakkan gambar lelaki berkenaan yang merupakan rakan dan model bagi baju yang beliau keluarkan.

Hajatnya hanyalah untuk bergurau dengan rakannya yang merupakan pekerja itu tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah muat turun dan menyebarkan video tersebut.

"Saya edit gambar Fais tu dan letak sebelah video budak perempuan bergaduh tu dengan tujuan untuk bergurau di antara saya dengan Fais, model baju tersebut di Facebook.

Tetapi orang dah muat turun video itu dan sebarkan sehingga menjadi kecoh dengan komen-komen negatif, hingga tersentuh pula perasaan Fais dan saya pula yang rasa bersalah." katanya.

Beliau memberitahu Fais kini sangat terasa dengan komen-komen yang dilemparkan oleh orang ramai terhadapnya.

"Bila ramai orang share termasuk Facebook page popular, perkara ini menjadi semakin melarat sehingga ianya menjadi seperti kisah benar. Padahal hanya video yang diedit sahaja. Tak ada kena mengena pun gambar lelaki itu dengan video budak sekolah bergaduh itu." katanya lagi.

Model baju berkenaan

Beliau memberitahu telah memuatnaik di laman Facebook miliknya sekadar gurauan kerana Facebook miliknya bukanlah merupakan facebook popular seperti page besar yang lain.

"Jadi saya ingin memperbetulkan keadaan walaupun nasi sudah menjadi beras, gambar model baju tersebut dan video aweks bergaduh itu tak ada kaitan. Harap maklum semua." tegas beliau.

Jadi kepada semua pengguna Facebook bolehlah berhenti menyebarkan video berkenaan kerana sudah harap maklum lelaki di dalam video berkenaan tidak terlibat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "