Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

VIDEO: Aksi Terjunan 'Markah 0' Atlet Sukan SEA Filipina Jadi Viral

12 Jun 2015
No Comment


Nampaknya persaingan antara negara-negara asia tenggara bertanding semakain sneget dalam perebutan emas Sukan SEA ke 28.

Tuan rumah Singapura dilihat masih unggul ditangga pertama dimana sehingga semalam telah mengumpul 62 pingat emas.

Namun yang menjadi tumpuan dan viral dalam sukan SEA kali adalah terjunan markah 0 yang telah dilakukan oleh dua peserta Filipina.

Dalam rakaman video aksi menunjukkan penerjun negara tersebut John David Pahoyo dan John Elmerson Fabriga yang membuat terjunan tidak menjadi.


Pahoyo dan Fabriga bagaimanapun berkata mereka tidak menyesal kerana gagal membuat tiga terjunan tersebut.

"Ini bukan kali pertama saya gagal menyempurnakan terjunan," kata Pahoyo yang dikongsi dalam laman Facebook miliknya.

"Dan saya masih berbangga kerana bukan semua dari kalangan kami mendapat peluang untuk mewakili negara dalam temasya sukan besar."

"Mampukah anda tersenyum selepas malu di hadapan beribu-ribu penonton?" katanya.

Dalam acara tersebut, penerjun negara, Ooi Tze Liang berjaya membawa pulang pingat emas selepas mengumpul 473.55 mata untuk enam terjunan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "