Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Adakah Berbogel Ditempat Dikunjungi "Trend" Terbaru Masa Kini?

12 Jun 2015
No Comment


KEBELAKANGAN ini sudah selalu kita mendengat isu pelancong pergi kesesebuah negara membuat onar dengan berbogel ke tempat yang mereka lawati yang sudah pastinya menyinggung sensetiviti sesetengah negara.

Kebanyakan negara timur masih menjaga sensetiviti dalam hal ini terutamanya negara yang majoritinya beragama dan ada pelancong yang tidak sensitif berbogel di tapak warisan yang satu ketika dulu merupakan rumah ibadat bagi sesuatu agama.

Dengan tindakan mereka ini sudah pasti mengundang kritikan dan kemarahan masyarakat di sesebuah negara.


Contoh kejadian terbaru yang berlaku di Gunung Kinabalu di mana lima orang dari sepuluh pendaki telah berbogel di puncak gunung tersebut yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia terutamanya penduduk asal di Sabah yang percaya dengan semangat gunung.

Ia juga merupakan satu penghinaan kepada negara Malaysia kerana agama rasmi kita adalah agama Islam yang sudah pasti mengharamkan perbuatan berkenaan.

Tindakan mereka ini sebenarnya bukanlah mendapat restu ramai orang bahkan mendapat kritikan masyarakat dunia kerana perbuatan ini sememangnya tidak boleh diterima ramai.

BACA: Media Luar Negara Sensasikan Isu Bogel di Gunung Kinabalu

Adakah mereka ini mahu kembali ke zaman batu? dimana manusia masih belum berpakaian dan kalau dilihat berdasarkan kajian sejarah tamadun manusia.


Sebelum ini juga mengemparkan negara negara jiran kita Thailand, apabila tersebar dilaman sosial seorang model dari Hong Kong yang membuat terjunan bungee dengan keadaan berbogel.

Ia telah telah menimbulkan kemarahan masyarakt setempat dan tindakan denda telah dikenakan terhadap pemilik pusat reakrasi berkenaan yang beroperasi di Chang Mai.

Selain itu, dalam sensetiviti beragama, kejadian yang berlaku di Kemboja apabila dua beradik dari Arizona, Amerika Syarikat yang telah berbogel di Angkor Wat yang menyebabkan kemarahan bukan sahaja penagnut Buddha di sana bahkan seluruh dunia.



Adik beradik ini Lindsey dan Leslie Adams masing-masing berumur 20 dan 22 tahun bukan sahaja bergambar malah bersiar-siar menaiki motosikal sambil berbogel.

Kerana tindakan itu, mereka telah di denda sebanyak U$D250 dan di senarai hitam selama empat tahun untuk memasuki negara tersebut.


Di Mesir juga pernah timbul kekecohan dimana pelakon porno Carmen De Luz telah emngambil gambar bogelnya di hadapan piramid Giza yang mencetus kritikan masyarakat dunia.

Kalau SK nak ceritakan pasal satu-satu kes yang terjadi memang banyak. Di merata dunia seperti yang pernah terjadi di Machu Picchu, Peru, Taj Mahal, India, Tembok Besar China dan Eiffel Tower.







Dari pemerhatian dilihat budaya ini semakin menjadi-jadi melibatkan pelancong luar dan kebanyakkan ianya terjadi ditempat tumpuan orang ramai dan bagunan bersejarah.

Langkah penguatkuasaan undang-undang yang lebih berat perlu diambil bagi mengelakkan "trend" tidak bertamadun ini terus berleluasa kerana ia melibatkan sensetiviti masyarakat. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "