Umat Islam di Artik Puasa Ikut Waktu Mekah
OSLO – Umat Islam yang berada di Lingkaran Kutub Artik kini berpuasa mengikut waktu Mekah memandangkan matahari di wilayah tersebut tidak terbenam.
Seorang penduduk yang juga pekerja di Pusat Islam Norway Utara, Hassan Ahmed menjelaskan matahari di kawasan Tromso tidak terbenam dan umat Islam di kawasan itu mencari kaedah lain untuk menentukan waktu berbuka puasa.
“Fatwa menyatakan, kami boleh mengikut waktu berpuasa negara Islam terdekat atau waktu Mekah,’’ katanya memetik satu portal berita tempatan.
Seorang lagi penduduk Islam di kawasan tersebut, Sandra Maryam menyokong kenyataan dari Hassan.
“Oleh kerana kita mempunyai matahari pada waktu malam semasa Ramadan tahun ini, kami memilih untuk menggunakan waktu berpuasa Mekah,’’ katanya.
Tambah Maryam lagi, teknik ini menjadikan ibadah sembahyang dan puasa mereka agak seimbang. - Siakapkeli.my