Tun Dr Mahathir hari ini mengeluarkan satu lagi serangan pedas keatas Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak dengan mengatakan keengganan Najib berundur dari jawatan Perdana Menteri mungkin disebabkan beliau takut akan dihadapkan ke mahkamah.
Bercakap di dalam video yang berdurasi selama enam minit itu yang dirakam di program Perdana Leadership Foundation, Tun Mahathir berkata selagi Najib masih berkuasa, keadaan negara akan bertambah buruk dan tidak stabil.
"Tentang nasihat saya dah nasihat. Tentang ugut pun saya dah ugut. Tapi dia cakap dia tak boleh berhenti", kata Tun M.
"Sebab dia tak akan berhenti, saya ingat pasal dia takut. Kalau dia berhenti maybe kena crimal charge", kata Tun M lagi. - Siakapkeli.my