175 Suspek MER-Cov Ditahan di Thailand
BANGKOK 21 Jun : Thailand telah menahan seramai 175 orang suspek yang disyaki terdedah kepada penyakit Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Bara (MERS-COV) setelah mereka ini berhubung secara langsung dengan mangsa pertama wabak tersebut di negara itu.
Kementerian Kesihatan Thailand melalui satu kenyataan berkata mangsa kini berada dalam keadaan yang semakin pulih dan kesemua 175 orang suspek diarahkan untuk tidak berada di kawasan awam.
Kes pertama MERS-Cov di Thailand dikesan berasal dari seorang lelaki berusia 75 tahun pada Khamis lalu.
Menurut Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Surachet Satiniramai, tiga dari ahli keluarga mangsa sudah diuji dan mereka tidak menghadapi wabak tersebut.
“Secara keseluruhannya keadaan pesakit MERS-Cov kini berada dalam keadaan baik. Hasil ujian sinar-X kami mendapati terdapat perubahan kesihatan dan pesakit sudah boleh makan,” jelas Surachet memetik laporan Utusan Online. - Siakapkeli.my