Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nad Zainal Enggan Kongsi Dan Hebahkan Kisah Teman Lelaki Kerana Takut Malu Jika Hubungan Gagal

20 Jun 2015
No Comment


Pelakon cantik kecik molek, Nad Zainal ini memberitahu bahawa dia cukup tidak selesa jika bercakap soal lelaki dalam hidupnya selepas beberapakali gagal dalam percintaan sebelum ini.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, berkata, dia tidak mahu membincangkan hal ini kerena bimbang hubungan yang terjalain tidak berakhir seperti yang diinginkan walaupun telah dihebahkan.

"Saya pernah mengalami beberapa kegagalan dalam hubungan cinta sebelum ini dan untuk bercakap secara terbuka soal itu saya jadi bimbang sekiranya ia tidak jadi," katanya.

Nad berkata demikian bagi menjawab mengenaik tindakannya abru-baru ini yang memuatnaik gamabr seorang lelaki di laman Instagram miliknya yang dipercayai teman lelakinya.

BAgaimanapun Nad telah memedam gambar tersebut dan menegaskan, gamabr lelaki yang dimuatnaiknya itu merupakan seorang kru sebuah produksi bukan teman lelakinya seperti diperkatakan sebaliknya mereka adalah sahabat baik.



Menurut Nad, lelaki itu sebelum ini adalah kenalan lamanya semasa mereka sama-sama menuntut di Akademi Seni Budaya & Warisan kebangsaan (Aswara) sebelum masing-masing terpisah selepas tamat pengajian.

"Dia adalah senior saya di Aswara tetapi kami rapat malah Sherry Alhadad juga rapat dengannya. Kami bertemu semula beberapa bulan lalu selepas sekian lama tidak bertemu," katanya.

Kerana memuatnaik gambar berkenaan ramai peminat nampkanya memberi pelbagai komen ada yang salah anggap dan ada yang memberkan komen negatif.

"Saya tiada niat apa-apa pun ketika memuat naik gambar itu kerana kami hanya kawan dan tidak sangka pula ia mendapat kecaman dan komen negatif daripada pengikut di Instagram.

"Sebagai kawan sudah tentu saya rasa bersalah kerana dia dihentam teruk dan sebab itu saya padam gambar berkenaan kerana tidak mahu dia terasa hati dan menjejaskan persahabatan kami," jelasnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "