Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Texas Chiken Malaysia Tampil Jawab Isu Sos Berjenama ‘Church’ Yang Digunakan Mereka

11 Jun 2015
No Comment


Berikutan rungutan pelangan beragama Islam tentang sos berjenama ‘Church’ yang digunakan, Texas Chiken Malaysia telah tampil menjawab tentang permasalahan berkenaan.

Pihak pengurusan Texas Chicken Malaysia menjelaskan bahawa jenama sos berkenaan ‘Church’ yang bermaksud gereja dalam bahasa Melayu sebenarnya bukanlah diambil dari nama rumah ibadat Kristian tetapi di ambil dari nama pengasas syarikat ayam goreng berkenaan.

“Untuk pengetahuan, jenama Texas Chicken bermula di San Antonio, Texas, USA oleh individu bernama George W. Church Sr – ‘Church’ merupakan nama keluarganya dan ‘Church Chicken’ merupakan jenama sama di USA.

“Di luar, ia dikenali sebagai Texas Chicken. Maka, perkataan ‘church’ tidak digunakan dalam konteks agama…”

Sebelum ini ada pengguna Facebook telah menyarakan rasa tidak puas hati dengan mengatakan pihak TCM tidak sensitif dengan pelanggan beragama islam kerana menggunakan sos bertulisan ‘Church’.

Tulisnya di akaun Texas Chicken Malaysia, “Kepada TCM…Tolong jelaskan tentang jenama sos pencicah yang digunakan di francais Malaysia… Kebanyakan pelanggan anda beragama Islam… Dan orang Islam tidak menjamah makanan dari ‘Church’…”



Bagaimanapun pos berkenaan yang bertarikh 1 Jun Facebook telah dikeluarkan dari laman Facebook Texas Chicken Malaysia.

Turut memberi komen adalah pengguna Facebook Halim Zainal yang mengatakan bahawa Texas Chicken Malaysia perlu menukar nama pada paket sebagai tanda hormat kepada para pelanggan Islam.

Beliau juga memberi amaran bahawa mereka tidak akan dapat mengekalkan perniagaan mereka jika mereka tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.

Ada yang menyokong pos berkenaan dan ramai juga yang tidak bersetuju dengan beliau kerana menganggap perkara kecil seperti ini tidaklah perlu diperbesarkan.

Dia juga berkata TCM tidak akan dapat mengekalkan perniagaan mereka jika mereka tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "