Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Humood AlKhudher Suka Aksi Neelofa Parodi Lagu "Kun Anta", Tidak Sabar Jumpa Dalam Rancangan 'Meletop'

11 Jun 2015
No Comment


Penyanyi berdarah Arab Kuwait, Humood AlKhudher, 26, yang kini menjadi kegilaan ramai wanita diluar sana tidak menyangka video aksinya yang menyanyikan lagu "Kun Anta" menjadi viral di laman sosial terutamanya Malaysia.

Menurut beliau, dia tidak menyangka video tersebut mendapat lebih dari sejuta tontonan di youtube sejak dimuatnaik dua bulan lalu.

"Ramai yang suka dengan lagu Kun Anta hingga menjadi viral dan tambah mengejutkan saya, ramai yang menonton dan 'like' video saya menyanyikannya di dalam kereta.

"Sebenarnya, itu bukan pertama kali saya rakam video dari dalam kereta tetapi itu video saya dalam kereta yang pertama menjadi viral," katanya ketika ditemui pada sidang media sempena Konsert Malam Inspirasi sempena Festival Karyaone Fita UiTM 2015 yang akan berlangsung pada 12 Jun 2015.

Konsert tersebut dijadualkan akan berlansung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam di mana Humood akan membuat persembahan buat pertama kalinya secara 'live' di Malaysia.

Konsert tersebut juga menampilkan beberapa nama besar industri muzik tanah air seperti Amy Search dan Lah Ahmad.


Dia menyatakan rasa bersyukur selepas meliaht penerimaan luar biasa peminatnya terhadap lagu tersebut dimana ramai telah menghasilkan video parodi termasuk selebriti jelita, Neelofa.

Humood mengatakan dia mula kenal siapa Neelofa selepas melihat parodi aktres tersebut melalui Instagram.

"Saya tidak banyak tahu tentang muzik Malaysia tapi saya kenal penyanyi seperti kumpulan Raihan, Rabbani dan Yuna. Saya ada dengar lagu-lagu mereka.

"Saya juga tahu Neelofa tetapi belum pernah berjumpa lagi dengannya. Saya tahu namanya sejak saya tonton parodi video yang dilakukannya menerusi Instagram dan saya suka parodi itu.

"Saya difahamkan akan ada satu sebuah program dan saya akan berjumpanya (Neelofa) di sana nanti," katanya yang bakal muncul dalam rancangan hiburan Meletop di mana Neelofa adalah pengacara. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "