Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Harap Rosmah Tabah, Kalau Kita Tabah Dan Kuat Allah Bersama Kita - Syed Ali Alhabshee

30 Jun 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee meminta supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tabah dalam menghadapi kecaman daripada pelbagai pihak.

Beliau yang baru dilantik sebagai Pengerusi Baru Perbadanan Nasional Bhd (PNS) berkata sebagai seorang pemimpin perkara tersebut adalah satu lumrah di mana pasti ada orang akan tidak puas hati dengan kita, bukan sahaja di Malaysia bahkan pemimpin di seluruh dunia.

Najib dan isteri sentiasa difitnah walaupun pelbagai perkara telah dilakukan oleh kerajaan di abwah pimpinan beliau kepada rakyat.

"Saya minta Datin Seri tabah. Kalau kita tabah dan kuat, Allah bersama kita.

"Biasalah orang nak mengata. Orang yang mengata itu dia tak tengok diri dia sebelum nak mengata orang lain.

“Saya minta Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib tabah dan Allah akan meredai apa yang kita buat," katanya.

Beliau berucap demikian semasa berada di majlis penyampaian sumbangan Hari Raya oleh Rosmah anjuran Umno Cheras hari ini. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "