Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

GAMBAR: Bunyi Tangisan Dari Tepi Tangga Masjid Bawa Kepada Penemuan Seorang Bayi

30 Jun 2015
No Comment


Georgetown: Jemaah Masjid Sungai Gelugor di sini semalam dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang berbalut dengan tuala di tepi tangga masjid berkenaan.

Difahamkan bayi perempuan yang berumur dalam lingkungan 7 hari itu telah ditinggalkan oleh seseorang dengan lengkap berpakaian serta turut ditinggalkan bersama beberapa helai pakaian dan lampin pakai pakai buang.
   

Bayi berkenaan ditemui oleh jemaah kira-kira pukul 8 malam di mana jemaah baru sudah menunaikan solat maghrib.

Menurut saksi yang menjumpai bayi berkenaan, ada jemaah wanita telah terdengar suara bayi menangis dan memberitahu kepada jemaah lelaki.

Mereka memaklumkan terdengar suara bayi menangis di tepi tangga dan beliau terus bertindak mencari punca suara berkenaan di tepi tangga dan menemui seorang bayi perempuan menangis kelaparan.

Beliau turut memberitahu ada jemaah lelaki terlihat seorang wanita telah menghampiri tangga masjid berkenaan dan beredar dengan tergesa-gesa tetapi lelaki berkenaan tidak mengesyaki apa-apa.


Mereka telah menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan pihak polis telah menghantar kanak-kanak perempuan berkenaan ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan kesihatan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "