Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sekurang-Kurangnya 5 Orang Terbunuh Pesawat Hercules Milik TNI Terhempas

30 Jun 2015
No Comment


MEDAN: Sebuah pesawat pengangkut  Hercules milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah terhempas di perkampungan di Simalingkar, Polinia, di sini menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang tekorban.

Memetik laporan Astro Awani, perkara ini telah disahkan oleh  Ketua Polis Medan Mardiaz Dwihananto selepas beberapa orang mayat telah dikelaurkan dari bawah runtuhan bagunan yang tempat pesawat terhempas.

"Semua mayat itu dibawa ambulans ke Hospital Adam Malik untuk proses selanjutnya. Setakat ini kami belum dapat menemui kesemua jasad mangsa yang terlibat," ujarnya.

Pesawat berkenaan yang berlepas pada pukul 12.08 tengah hari itu dari Pangkalan Udara Soewondo atau dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Polonia telah terhempas dua minit kemudian selepas melalui jarak lima kilometer.

“Pesawat berkenaan digunakan dalam urusan logistik TNI. Belum dipastikan berapakah jumlah mangsa. Selain juruterbang, pesawat itu turut membawa kru lain,” kata jurucakap tentera Fuad Basya.

Bagaimanapun menurut kakitangan Hospital Adam Malik, Sairi M Saragih, mengatakan, pihaknya sudah menerima 11 orang jenazah yang telah di selamatkan dari pesawat berkenaan.

"Seorang perempuan berumur 45 tahun yang melecur di badan sedang dirawat di Hospital berkeaan," katanya dipetik MetroTv.

Pesawat berkenaan dikatakan membawa 62 orang temasuk 12 orang anak kapal - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "