Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Emirates A380 Buat Pendaratan Kecemasan Selepas Kokpit Berasap

27 Jun 2015




COLOMBO: Atas masalah teknikal, pesawat penerbangan Emirates A380 membuat satu pendaratan cemas selepas juruterbangnya mengesan asap di dalam kokpit.

“Juruterbang berkata ‘May Day, May Day’ dan kami terus mengaktifkan kesemua perkhidmatan kecemasan kami dan membantu pesawat membuat pendaratan selamat,” kata Ketua Pegawai Perkhidmatan dan Navigasi Udara, Crishanthi Tissera kepada stesen berita AFP, sebagaimana memetik laporan Astro Awani.

Pesawat itu kemudiannya membuat pendaratan di Sri Lanka selepas membuat panggilan kecemasan 39 minit selepas mengesan kejadian luar biasa itu.

Emirates A380 membawa seramai 471 penumpang dan 30 kru. Kesemuanya dilaporkan selamat. -Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "