Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cicak Berkepala Dua Berjaya Ditetaskan Dimana Hanya Terdapat 4 Kes Seumpama Ini Di Dunia

27 Jun 2015
No Comment


Liverpool (England): Seorang lelaki yang merupakan seorang pembela cicak terkejut besar selepas sebiji telur haiwan berkenaan yang cuba ditetaskannya terdapat seekor cicak kembar siam yang mempunyai dua kepala.

Stephen Evans, 34, pada mulanya menyangka terdapat dua ekor cicak di dalam telur berkenaan bagaimanapun tidak menyangka ia adalah cicak kembar siam di mana sehingga kini hanya 4 seumpanya di dunia yang dilaporkan.

“Malam sebelumnya, saya melihat di dalam alat pengeram dan memang melihat dua kepala. Saya mengandaikannya kembar tetapi ia sebenarnya kembar siam.

“Keluarga dan rakan terkejut dan berkongsi gambar itu di laman sosial. Esok (hari ini) hari jadi saya dan mungkin ini hadiah untuk saya. Malah saya membeli tiket loteri kerana nampaknya saya bertuah,” katanya.


Dia dan Isterinya Jodie telah membela haiwan-haiwan berkenaan sejak 17 tahun lalu di mana kini mereka mempunyai lebih dari 50 ekor cicak di mana kebanyakkannya adalah dari spesis ‘bearded dragon’ atau nama saintifiknya ‘pogona’ yang mempunyai warna serta corak badan pelik dikenali sebagai ‘morph.’

Cicak kembar siam ini telah diberi nama Olaf oleh anaknya berdasarkan watak orang salji dalam filem animasi Frozen.

“Saya membuat pencarian di Internet dan hanya menemui tiga atau empat cicak berkepala dua.

“Memang ia sesuatu yang unik dan tidak mungkin anak lain yang menetas juga akan mempunyai dua kepala seperti ini.

“Olaf nampak kuat dan sihat, malah menetas sendiri tanpa bantuan. Ini satu lagi petanda baik,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "