Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nothing2Hide: Penganjur Forum Letak Semua Jawatan Dalam UMNO

27 Jun 2015
No Comment


Penganjur program bicara bersama Perdana Menteri, #Nothing2Hide, Datuk Khairul Anwar Rahmat dikatakan telah meletak semua jawatannya di dalam UMNO.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Kluang berbuat demikian kerana membunyai komitmen lain iaitu "bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta perluasan operasi korporat firma" milik beliau.

Khairul yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai wartawan di berita Harian telah membuat keputusan tersebut selepas mendapat restu daripada ibunya dan perbincangan dengan ahli keluarganya.

"Mohon doakan saya berjaya dalam apa jua lapangan yang bakal saya ceburi kelak," katanya.

Selain memegang jawatang Ketua Pemuda Umno Kluang, Khairul juga adalah Naik Ketua Umno bahagian itu dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "