Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PKR 'Hairan' Tan Sri Khalid Ibrahim Tawar Diri Jadi MB Selangor Semula

27 Jun 2015




PETALING JAYA: PKR dilaporkan hairan dengan tawaran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor semula kononnya untuk menyelamatkan krisis pakatan pembangkang mutakhir ini.

Naib Presidennya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata cita-cita Khalid itu adalah mustahil apatah lagi Menteri Besar kini, Mohamed Azmin Ali mempunyai sokongan majoriti di dalam DUN Selangor.

"Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang menyokong Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan PKR melalui Azmin. Jadi tidak berbangkit sebarang isu berkenaan kehilangan sokongan majoriti ke atas Azmin pada ketika ini.

"Amat hairan bagaimana Tan Sri Khalid boleh menyangka beliau dapat memegang semula jawatan menteri besar kerana beliau telah dipecat dari PKR dan sekarang hanya merupakan seorang Adun bebas," katanya sebagai memetik lapora mStar hari ini.

Khalid sebelum ini menawarkan diri bagi jawatan nombor satu itu semula jika mendapat kepercayaan dengan majoriti mudah.

"Tan Sri Khalid hanya boleh menjadi menteri besar semula sekiranya beliau diberi sokongan penuh oleh Umno.

"Jika itu berlaku, ini merupakan suatu khianat yang amat besar terhadap rakyat Selangor kerana mereka telah menolak parti dan kepimpinan Umno di dalam Pilihanraya Umum ke-13," katanya Iskandar lagi. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "