Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perompak MT Orkim Harmony Cuba Larikan Diri

19 Jun 2015



KUALA LUMPUR: Perompak MT Orkim Harmony membuat cubaan melepaskan diri apabila dilaporkan beralih arah pelayaran ke timur Indonesia menuju ke Kepulauan Natuna.

Menurut Pangliman Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid, perampas kapal tangki minyak itu juga meminta pihak penguatkuasa menyediakan bot apabila mereka tiba di Pulau Natuna.

"Proses rundingan masih berjalan... apabila sampai di Pulau Natuna, mereka (perampas kapal) meminta disediakan sebuah bot untuk mereka melepaskan diri, sementara pihak TLDM masih mengiringi kapal tangki itu ke sana.

"Kapal itu dijangka sampai ke pulau berkenaan pada Sabtu pagi dan TLDM juga telah memaklumkan kepada pihak penguatkuasa Maritim Indonesia mengenai perkara itu,
" katanya.

Dalam pda itu KD Terengganu masih meneruskan rundingan dengan perompak supaya mereka menyerah diri.

Malah dalam usaha menyelamatkan 22 anak kapal tersebut, TLDM masih menunggu arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum sebarang langkah diambil.

Sekurang-kurangnya lapan perampas bersenjatakan pistol dan parang di atas kapal itu. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "