Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelarian Rohingya Trauma Dipaksa Tanam Mayat

19 Jun 2015
No Comment


Lumut: Seorang pelarian Rohingya,  Abdul Malek Mohd Ishak, 14, yang berjaya diselamatkan di Malaysia menceritakan saat getir perjalanannya ke Malaysia selepas dijanjikan pekerjaan di sini oleh sendiket perdagangan manusia.

Memetik laporan Harian Metro,menurutnya masih terbayang saat seorang pekerja sendiket mengarahkan dia dibunuh selepas hampir enam bulan masih gagal membayar sebarang wang kepada mereka.

“Waktu itu, pistol dihalakan ke kepala saya dan picu juga hampir ditarik, namun saya terselamat apabila seorang pekerja sindiket itu datang dan memberitahu ada pemeriksaan dilakukan polis,” katanya.

Menceritakan mengapa dia datang ke Malaysia,  Abdul Malek memberitahu penderitaan itu bermula pada awal tahun lalu apabila ada seorang lelaki datang kepada kami menawarkan peluang pekerjaan di Malaysia.

Lelaki berkenaan bernama Azimullah seorang warga Bangladesh telah menaburkan pelbagai janji manis kepada kami di mana kami hanya perlu mengikutnya tanpa perlu membuat apa-apa bayaran sebaliknya bayaran hanya akan dipotong setipa bulan dari gaji kami selepas bekerja di Malaysia.

“Saya kemudian dibawa menaiki bot kecil dari Bangladesh sebelum dipindahkan ke kapal besar dan terpaksa menunggu dalam kapal itu selama 37 hari sebelum tiba di Thailand dan disambut seorang tekong dikenali sebagai Anuar." ceritanya lagi.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "