Perkembangan Keadaan Perlumba Negara, Zamri Baba Tunjuk Perkembangan Positif
KUALA LUMPUR: Pelumba Negara Mohamad Zamri Baba yang berlumba dalam kategori SuperSports 600cc yang cedera parah akibat kemalangan dalam perlumbaan di Indonesia baru-baru ini dilaporkan semakin menunjukkan perkembangan positif.
Salam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIH), MuSHASHi Boon Siew Honda Racing Team berkata Zamri menunjukkan perkembangan yang baik di mana kini tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
BACA: VIDEO: Pelumba SuperSports 600cc Negara, Zamri Baba Kritikal Selepas Terlibat Kemalangan Di Litar Sentul
Beliau kini masih dirawat di hospital iloam Karawaci, Jakarta, dan masih di bawah pengawasan pakar bedah saraf.
Zamri pada 6 Jun lalu telah terlibat dalam satu kemalangan semasa menyertai Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul di Bogor.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, keluarga Zamri dan wakil daripada MuSASHi Boon Siew Honda berada bersama-sama di Jakarta.
Dalam kemalangan yang berlaku pada pusingan kedua baru-baru ini Zamri dikatakan dilanggar oleh seorang lagi pelumba selepas terbabas dan merempuh batu kerikir di tepi jalan. - Siakapkeli.my