Johor Bahru: Seorang lelaki meninggal dunia pada 20 Jun lalu setelah koma selama empat hari akibat dibelasah oleh sekumpulan lelaki di dusun durian di Kampung Banjar, Batu 16 1/2, Sungai Tiram dekat sini kerana lambat memulangkan kereta Proton Waja yang dipinjamnya.
Lelaki tersebut, Mohd Khairee Abdullah, 28, mengalami kecederaan parah di kepala selain patah tangan kiri kerana dibelasah kumpulan terbabit.
Mangsa kemudiannya ditahan di wad Hospital Sultan Ismal (HSI) Pandan. Bagaimanapun, Khairee disahkan meninggal dunia pada 10.05 pagi, 20 Jun lalu setelah empat hari bertarung nyawa.
Menurut abang tiri kepada mangsa, Mohd Aimi A Ahmad, 33, adiknya meminjam kereta itu dari rakan namun gagal mengembalikan semula pada masa yang ditetapkan.
“Saya difahamkan ketika kejadian, adik minum di gerai di Tasik Saujana, Kota Tinggi bersama tiga rakannya sebelum dia didatangi lelaki berusia 40-an yang datang bersama beberapa pemuda." - Siakapkeli.my
Mohd Aimi mennjukkan keadaan adiknya yang koma |