Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kakitangan Rela Terima Penghargaan Disebalik Kontroversi Kain Batik Di Kaunter JPJ

24 Jun 2015




Walaupun dikritik ramai pihak atas tindakannya menyuruh seorang pelanggan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju memakai kain batik, kakitangan Rela tersebut yang dikenali sebagai Tazidamiza Ismail tetap menerima penghargaan.

Ketua Pengarah Rela, Lukeman Saaid memberitahu, penghargaan itu diberikan sebagai menaikkan semangat kakitangan berkenaan.

“Dia menerima banyak kritikan akibat insiden itu walaupun sebenarnya dia hanya menjalankan tugas.

“Anggota Rela sepatutnya menjalankan tugas mereka mengikut prosedur operasi standard mengikut jabatan yang ditugaskan," tegasnya.

Tazidamiza dalam pada itu mengakui beliau melihat sekurnag-kurangnya seorang wanita akan berurusan di jabatan itu dengan pakaian yang tidak sopan dan terdedah.

“Saya simpan sehelai kain batik untuk perempuan yang berpakaian seksi. Biasanya, mereka akan pakai saja sarung itu dan buat urusan mereka di pejabat ini," katanya.

Sebelum ini gambar Suzanna G. L. Tan yang dipaksa berkain batik apabila hendak berurusan di kaunter JPJ Wangsa Maju viral di laman-laman sosial selepas wanita itu meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan arahan daripada kakitangan Rela itu.

Ia kemudiannya mengundang pelbagai persepsi di kalangan netizens.

JPJ selepas itu bertindak memohon maaf kepada Suzanna dan mengakui tindakan itu tidak termasuk dalam polisi jabatan berkenaan.

Malah dikhabarkan juga kakitangan Rela yang menyuruh Suzanna memakai kain batik itu turut ditukar cawangan. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "