Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Waze "Safe Mode Kids", Versi Waze Untuk Keselamatan

24 Jun 2015
No Comment

Kuala Lumpur: Menurut kajian dari Waze, 97 peratus ibu bapa di Malaysia akan memandu dengan lebih berhati-hati jika terdapat kanak-kanak dalam kenderaan.

Menggunakan fakta dari hasil kajian tersebut, syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad (Maxis) telah bekerjasama dengan Waze bagi memperkenalkan projek "Safe Mode Kids" yang menampilkan suara navigasi versi kanak-kanak.

Menurut Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis, Sulin Lau, suara kanak-kanak dalam aplikasi Waze diharap mampu mengurangkan kemalangan ketika musim perayaan.

"Apabila terdapat suara kanak-kanak, pemandu akan berasa lebih berhati-hati," katanya memetik laporan myMetro.

Ciri Safe Mode Kids ini boleh digunakan dengan menukar tetapan di bahagian arahan suara. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "