Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Terlantar Koma 3 Tahun Mula Sedar Dan Tunjuk Tanda Positif

16 Jun 2016
No Comment

GEORGETOWN: Dari hanya demam biasa, seorang kanak-kanak yang tidak sedarkan diri kerana koma sejak tiga tahun lalu mula memberikan respon positif sejak pertengahan tahun lalu, lapor Berita Harian.

Kanak-kanak berkenaan, Chan Yi Yian, 11, hanya terbaring kaku tanpa sebarang pergerakan
dan tidak pernah membuka matanya sejak tahun 2013 lalu.

Menurut ibunya, Chan Lai Kin, 40, berkata, anaknya itu dilahirkan dan membesar secara normal seperti orang lain, segalanya bermula selepas Yi Yian dipercayai telah dijangkiti wabak H1N1 ketika berusia tujuh tahun, menyebabkannya mengalami demam panas sehingga tidak sedarkan diri.

"Selama tiga tahun kami menunggu Yi Yian sedar kembali dan tahun lalu, dia mula membuka mata. 

"Dalam tempoh setahun, dia mula menunjukkan reaksi positif dan boleh menggerakkan anak mata sebagai tindak balas walaupun tidak mampu berkomunikasi," katanya.

Anaknya ketika itu telah dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami demam panas selama dua hari sebelum mengadu tidak dapat merasa pergerakan tangan dan kakinya.

"Saya sempat membawanya ke HPP ketika itu dan bercakap dengannya selama 30 minit sebelum dia tidak sedarkan diri sehingga koma.

"Saya dan suami sudah tidak bekerja kerana Yi Yian perlukan perhatian 24 jam dan kos rawatannya mencecah RM3,000 sebulan termasuk membeli ubat, susu dan lampin pakai buang," katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "