Isu Apartment Melbourne : Penjelasan Dari MARA
Kuala Lumpur, 24 Jun - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyangka anak syarikatnya MARA Inc mendapat tawaran yang baik apabila membeli sebuah apartmen di Melbourne pada 2013 dengan harga RM65.3 juta, dedah Tan Sri Annuar Musa hari ini.
Annuar Musa juga berkata pembelian itu mendapat kelulusan oleh Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datu Seri Najib Razak. Beliau menambah MARA tidak mengetahui bahawa harganya lebih tinggi dari harga pasaran.
"Mengikut pengetahuan kami pada waktu itu, kami tidak tahu harganya(apartment) tinggi(melebihi harga pasaran). Kami sangkakan harganya dibawah harga pasaran", kata Annuar Muasa di satu sidang media hari ini. - Siakapkeli.my