Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Maut Cuba Selamat Isteri, Anak Dari Renjatan Elektrik

12 Jun 2015
No Comment


IPOH - Seorang lelaki maut apabila cuba menyelamatkan isteri dan anaknya dari terkena renjaan elektrik di kediamannya di Medan Lapangan Sentosa malam tadi.

"Demi menyelamatkan isteri dan anaknya, abang saya terkena renjatan elektrik akibat mahu mencabut palam kuasa pada suis pancuran air panas," kata Kok Chee Yong, 34, adik kepada mangsa.

Menurut Kok, kejadian berlaku ketika berlaku hujan lebat dan kilat yang menyebabkan bekalan elektrik di rumahnya terputus.

Menurutnya lagi, kotak suis elektrik utama terputus bekalan akibat dentuman kilat yang kuat ketika itu.

"Salah seorang anak lelaki abang saya termuntah akibat terkejut dengan kejadian itu. Abang pergi membetulkan semula kotak suis elektrik utama, manakala isterinya membawa anaknya yang termuntah pergi ke bilik air.", katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Menceritakan bagaimana kejadian berlaku, Kok berkata abangnya cuba mencabut suis pancuran air panas tetapi malangnya dia terkena renjatan elektrik yang kuat.

"Isterinya memasang pancuran air panas tetapi aliran elektrik terus menyambar dan pada ketika itu abang terus meluru ke bilik air dan cuba untuk mencabut terus palam pada suis air pancuran. Tetapi nasib tidak baik, abang saya terkena renjatan elektrik yang sangat kuat," jelas Kok.

Mangsa, Kok Chee Kian, 40, bekerja sebagai penyelenggara penghawa dingin.

Mangsa pergi meninggalkan seorang isteri serta tiga orang anak. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "