Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Berbungkus Dengan Plastik Di Dalam Mesin Basuh

12 Jun 2015
No Comment


Kejam, itulah yang boleh dikata apabila seorang bayi baru lahir masih bertali pusat ditemui berbungkus di dalam plastik serbuk pencuci dan diletak dalam mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Bukit Lakota awal pagi tadi.

Mayat bayi malang itu ditemui olah pihak polis dibelakang rumah suspek kira-kira 2,30 pagi tadi susulan laporan doktor dari Hospital Jeli.

Pihak polis yang mendapat maklumat kejadian terus bertindak pergi ke rumah berkenaan dan menemui bayi berkenaan yang seberat 2.3 kg sudah tidak bernyawa.


Menurut sumber, seorang wanita telah ke pergi ke Hospital Jeli untuk mendapat rawatan pada jam 11.50 malam semalam kerana mengalami pendarahan teruk.

Doktor yang sangsi dengan keterangan wanita berkenaan mengenai sebab dia mengalami pendarahan telah mendesak supaya dia berterus terang dan akhirnya dia mengaku melahirkan seorang bayi luar nikah. Doktor yang mendapat maklumat berkenaan terus menghubungi pihak polis - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "