WUHAN: Seramai 450 penumpang kapal Dongfangzhixing masih terperangkap selepas kapal berkenaan karam di Sungai Yangtze, pada Isnin malam.
Kapal berkenaan yang membawa 458 penumpang sedang dalam perjalanan dari Nanjing ke Chongqing namun dilaporkan tenggelam di bahagian Jianli di wilayah Hubei.
Setakat ini hanya lapan sahaja mangsa berjaya diselamatkan, demikian memetik Astro Awani.
Mereka mendakwa kapal berkenaan terperangkap dalam satu kejadian taufan yang dasyat.
Usaha mencari dan menyelamat juga kini masih tergendala akibat cuaca buruk dan hujan lebat. Malah punca kejadiannya masih disiasat pihak berkuasa.
Kapal Dongfangzhixing membawa 406 penumpang dari China, lima pekerja agensi pelancongan dan 47 anak kapal.
Menurut agensi berita CCTV, kapal yang dimiliki firma pelancongan yang beroperasi di Empangan Three Gorges itu mampu membawa sehingga 534 orang. -Siakapkeli.my