Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mat Sabu Pertimbang Saman Bernama, Utusan dan Sinar Harian

2 Jun 2015


KUALA LUMPUR: Ekoran laporan yang didakwa berniat 'jahat', Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita nasional, Bernama dan akhbar Utusan Malaysia serta Sinar Harian.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Mohamad atau Mat Sabu berkata, laporan Bernama yang bertajuk 'Mat Sabu sindir Abdul Hadi kononnnya hebat tapi gagal tawan Terengganu', telah diputar belit untuk memburukkan imejnya.

Laporan berkenaan kemudiannya disiarkan di bahagian muka hadapan kedua akhbar berkenaan.

"Saya cabar mereka keluarkan transkrip penuh ucapan saya.

"Apa yang saya maksudkan adalah betapa pentingnya PAS untuk berada dalam gabungan politik untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN)," katanya yang dipetik portal berkenaan.

Terdahulu, laporan Bernama itu menyatakan krisis dalam PAS semakin meruncing ekoran tindakan Mat Sabu yang semakin lantang mengkritik kepemimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Mat Sabu dikatakan mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang, dalam satu ceramah di Tumpat, Jumaat lalu. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "