UNITED KINGDOM: Seorang wanita berusia 103 tahun mendedahkan rahsia panjang umur dengan tidak menonton televisyen.
Menurut Gertrude Hindley, meskipun dia ketinggalan pelbagai perkembangan penting yang berlaku disekelilingnya, namun apa yang penting baginya adalah ketenangan dalam menjalani kehidupan seharian.
Malah dia juga tidak kisah untuk memiliki televisyen walaupun jiran-jirannya mempunyai set televisyen di rumah masing-masing.
Gertrude berkata, dia hanya suka mendengar radio di kala waktu lapang.
"Semua rakan-rakan saya memiliki TV, tetapi saya tidak pernah berminat untuk membelinya. Saya hanya mahukan ketenangan," ujarnya.
Gertrude dikatakan hanya mempunyai sebuah radio transistor di dalam bilik untuk mendengar berita tempatan, dan lebih kepada hiburan ringan.
Dia juga hanya 'berkesempatan' menonton televisyen jika berkunjung ke rumah rakannya sahaja. -Siakapkeli.my