Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

VIDEO: Dua Lelaki Terbang Menggunakan JetPack Rentasi Bandaraya Dubai

16 Mei 2015
No Comment


Dalam sebuah video promosi aktuviti terbaru Sky Dive Dubai, dua orang lelaki, Jetmen Yves Rossy dan Vince Reffet, dilihat terbang menggunakan jetpacks merentasi bandaraya Dubai.

Video rakaman selama 3 minit 20 saat dalam rakaman HD telah dirakam menggunakan GoPro oleh petugas Jetmen yang menghasilkan kualiti video yang amat menarik.

"Saya telah terbang dan Ianya seolah berasa tidak logik kerana saya boleh terbang." 

"Sebaik sahaja saya terbang di angkasa saya rasa takut dan adrenalin yang kita berubah menjadi tenaga yang baik." kata seorang daripada jetmen.



Ingat Ironman tadi...bestnya kalau dpat rasa pengalaman ni....dua orang lelaki terbang merentasi Dubai menggunakan Jetpack..Terbaik
Posted by Siakap Keli on Saturday, May 16, 2015

Mereka menyeberangi padang pasir dan terbang dekat dengan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.



Menurut The Verge, Jetmen yang berasal dari Switzerland, Rossy telah terbang tinggi di udara menggunakan teknologi yang mula dicipta tahu 2006 itu.

Beliau pernah menerbangkan pesawat pengebom B17 di Wisconsin dan mengelilingi Gunung Fuji di Jepun pada tahun 2013 dalam suit tersebut yang ditempah khasdan juga merentasi Grand Canyon pada tahun 2011. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "