Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengebom Marathon Boston Dijatuhi Hukuman Mati

16 Mei 2015
No Comment


BOSTON: Lelaki yang didakwa melakukan pengeboman sewaktu larian Marathon di bandar ini dua tahun lalu, Dzhokhar Tsarnaev, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan Boston.

Keputusan itu diputuskan oleh juri persekutuan yang terdiri daripada tujuh wanita dan lima lelaki, pada Jumaat, demikian memetik Reuters.

Memetik laporan Rueters, selepas perbincangan hampir 15 jam, juri memilih hukuman mati dengan suntikan maut untuk Tsarnaev, 21, dari satu-satunya pilihan lain - hidup di penjara tanpa kemungkinan pembebasan.

Juri yang sama bulan lalu menyatakan Tsarnaev bersalah kerana meletakkan bom buatan sendiri pada 15 April 2013, di garisan penamat larian marathon itu, serta menembak seorang polis hingga maut.

Pada larian marathon berkenaan, tiga orang maut manakala hampir 260 peserta lain cedera apabila dua letupan menggegarkan berhampiran garisan penamat, yang mana pada mulanya dikaitkan dengan serangan pengganas. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "