Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Malaysia Akan Gunakan Saluran ASEAN Untuk Selesaikan Isu Rohingya

16 Mei 2015
No Comment


JOHOR BAHRU: Untuk menyelesaikan isu kebanjiran etnik Rohingya yang cuba memasuki beberapa buah negara sekarang, saluran ASEAN akan digunakan untuk menyelesaikana masalah ini.

Perkara ini disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memberitahu dia sudahpun mengarahkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk berhubung dengan rakan sejawat di Myanmar berkaitan isu itu.

BACA: "Tolong Berikan Kami Sedikit Air", Laungan Terdesak Rohingya dan Pendatang Bangladesh Hanyut Di Laut Andaman

"Masalah Rohingya bukan isu Malaysia sahaja kerana ia sudah menjadi isu ASEAN malah sejagat juga.

"Pagi tadi, saya dihubungi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) Ban Ki Moon yang menyatakan kebimbangan berhubung isu Rohingya.

"Oleh itu, kita perlu mencari jalan atas semangat ASEAN kerana tidak mahu mencampuri urusan dalaman Mynmar," katanya dipetik Harian Metro.

Menurut Najib,sesuatu perlu dilakukan dengan mereka yang kini sedang terapung di perairan antarabangsa di Laut Andaman Dan Selat Melaka bagi mengelak malapetaka kemanusiaan. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "