Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tuan Ibrahim Sahkan Bakal Tanding Jawatan Timbalan Presiden PAS

16 Mei 2015

KOTA BHARU: Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan sengit pada pemilihan parti kali ini apabila Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan akan bertanding merebut jawatan berkenaan.

Sebelum ini, penyandang jawatan tersebut, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengumumkan akan mempertahankan jawatan tersebut. 

"Selepas tiga kali menolak bertanding jawatan ini dalam muktamar sebelum ini, kali ini saya terima, tiada istilah saya akan mewakili professional atau ulama," katanya selepas hadir di Majlis Israk Mikraj anjuran Muslimat Pas Kota Bharu di JKR 10, semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, tujuan utama beliau bertanding adalah kerana mendapat jumlah pencalonan yang besar bagi jawatan itu, selain ingin mengukuhkan kembali saf kepimpinan parti Islam berkenaan.

Dengan pengesahan tersebut, jawatan nombor dua PAS menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Tuan Ibrahim dengan Mat Sabu.

Manakala dua lagi calon yang turut layak bertanding bagi jawatan itu, iaitu Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar nik Abdullah, masih lagi belum membuat sebarang pengumuman. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "