Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Yang Dilahirkan Di Balai Polis Kampung Tawas Dijadikan Anak Angkat Balai

16 Mei 2015
No Comment


IPOH: Seorang bayi perempuan yang dilahirkan di Balai Polis Kampung Tawas di sini pada Rabu lalu telah diambil sebagai anak angkat oleh balai polis tersebut.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh berkata pihak polis menunggu jawapan daripada ibu bapa bayi berkenaan dan jika mereka bersetuju pihak balai akan mengadakan satu majlis kesyurkuran.

BACA: Anggota Polis Wanita Jadi Bidan Terjun Sambut Bayi Perempuan di Balai Polis

Menurut baliau lagi sepanjang 40 tahun dia berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini kali pertama dia melihat orang awam dilahirkan dalam balai polis dan bidan yang menyambut bayi pula adalah anggota polis sendiri.

"Alhamdulillah, bayi dan ibu selamat serta dilaporkan sihat serta tahniah kepada Konstabel Hasliza Abdul Jalil kerana dapat membantu masyarakat yang menghadapi masalah tidak kira apa juga keadaan. 

"Harap kejadian ini menjadi contoh kepada semua anggota polis dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat," katanya semasa melawat bayi tersebut di rumahnya.

Sebelum ini seorang anggota polis wanita, Konstabel Hasliza Abdul Jalil, 25, telah menjadi bidan menyambut kelahiran seorang bayi di perkarangan Balai Polis Kampung Tawas selepas ibu bayi berkenaan tidak sempat ke hospital menyebabkan mereka singgah ke balai tersebut. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "