JITRA: Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan elaun buat pengetua dan guru besar sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada hari ini.
Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenaikan tersebut akan mula berkuatkuasa pada 1 Julai depan dengan melibatkan 2,405 pengetua dan 7,757 guru besar.
"Penambahbaikan ini dibuat kerana pengetua dan guru besar memainkan peranan yang amat penting dalam kecemerlangan sesebuah sekolah bertepatan dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri itu.
Jumlah kenaikan yang baharu bagi pengetua sekolah menengah menjadi RM300 berbanding RM150 sebelum ini. Untuk guru besar sekolah rendah pula, elaun mereka dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan. -Siakapkeli.my