Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

BR1M Bukan Cadangan Saya, kata PM

16 Mei 2015


JOHOR BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bukanlah cadangan yang dikemukakan beliau bertujuan untuk 'membeli undi' daripada rakyat.  

"Ini bukan cadangan saya, ia cadangan jawatankuasa fiskal dan Bank Negara untuk tolong 40 peratus rakyat (berpendapatan rendah), bukan nak beli undi dan maksud politik tapi untuk tolong rakyat," katanya semasa berucap pada majlis perasmian penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, di sini hari ini.

Memetik The Rakyat Post hari ini, Menteri Kewangan itu juga berkata, cadangan tersebut lebih kepada kaedah kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada rakyat, demi meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menangani peningkatan kos sara hidup.

BR1M, yang diperkenalkan pada 2012 sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mendapat kritikan pembangkang yang menyifatkannya sebagai gula-gula politik. 

Malah, ia juga mendapat kritikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed lewat kebelakangan ini yang menyifatkan bantuan berkenaan memalaskan rakyat. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "