Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tidak Mampu Beli Susu Formula, Anak Tak Dapat Zat Mencukupi

25 Mei 2015
No Comment
Syamim menemani ibunya membuat kuih koci. Foto : Sinar Harian


ALOR SETAR - Dek kerana kesempitan hidup, sebuah keluarga di Kampung Padang Perak, di sini terpaksa hidup dalam serba kekurangan sehinggakan tidak mampu membeli susu formula untuk anak ketiga mereka yang lahir secara pramatang.

Badan Syamim kecil. Klinik beri susu percuma kepadanya supaya berat badan dia meningkat. Tapi kami tak mampu nak terus beli susu berkualiti, jadi badan Syamim tidak membesar dengan sempurna," katanya Shariff Saad, 42.

Syamim masih lagi memakai lampin pakai buang saiz S walaupun sudah berusia dua tahun kerana tidak mendapat zat yang mencukupi untuk membesar.

"Syamim masih memakai lampin pakai buang saiz S seperti seorang bayi. Sebulan dia memerlukan dalam 168 keping, dianggarkan RM100. Bagi mereka yang berkemampuan, nilai itu mungkin kecil, tapi bagi kami, ia amat besar.

Shariff Saad bekerja sebagai pekerja kontrak manakala isterinya, Shakinah Md Yahya, 38, membuat kuich koci untuk membantu suaminya menampung perbelanjaan keluarga.


Bayangkan, untuk keperluan harian tidak cukup apatah lagi nak beli susu formula," katanya.

Alhamdulillah, bukan setakat subsidi, jika diberi bantuan keperluan bayi secara percuma lebih baik untuk bantu insan seperti kami sekeluarga,” tambahnya lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "