Sudah menjadi kebiasaan sepanjang bulan Ramadhan akan ada banyak bazar menjual pelbagai jenis makanan berbuka, pakaian, kelengkapan raya dan sebagainya.
Selain bulan yang dilipat gandakan pahala untuk beribadat, ia juga memberi rezeki yang luas kepada peniaga.
Bagaimanapun, niat sesetengah pihak yang mahu mengambil peluang untuk berniaga agak terbantut apabila bayaran sewa tapak Bazar Ramadhan Mega Melaka yang dikelolakan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) hampir berbelas ribu ringgit.
Beberapa gambar harga tapak bazar itu mula tersebar di laman sosial selepas Facebook Saya Anak Melaka memuatnaiknya.
Apatah lagi ada yang beharga RM11,200 untuk sewa sebulan.
Senarai harga tapak mengikut saiz khemah itu bagaimanapun dikritik oleh pelbagai pihak dengan menyifatkan ia sebagai melampau.
Kami sendiri kurang pasti apakah benar maklumat tersebut, dan berharap pihak yang berwajib segera menjawab bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai. -Siakapkeli.my