Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerajaan Belum Dapat Sahkan Mayat Dalam Kubur Besar Adalah Pelarian Rohingya

25 Mei 2015



KUALA LUMPUR: Penemuan sebuah kubur besar di Padang Besar yang mencetuskan kegemparan baru-baru ini belum dapat disahkan sebagai kubur yang menempatkan mayat pelarian Rohingya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerja-kerja menggali kubur sedang giat dilakukan oleh Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), iaitu kumpulan yang sama menjalankan ujian forensik terhadap mangsa nahas MH370 di Ukraine tahun lalu.

"Unit Forensik PDRM sedang menggali kubur-kubur yang dikenalpasti dan akan melakukan beberapa ujian forensik, bukan sahaja untuk mengetahui berapa banyak mayat yang ditanam, malah untuk mengenalpasti sama ada mereka ini adalah pelarian Rohingya atau mangsa pemerdagangan manusia daripada Bangladesh.

"Malah kita juga bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk mendapatkan maklumat individu yang mungkin menjadi dalang," katanya hari ini.

Kelmarin sebuah kubur besar dijumpai di Padang Besar, Perlis yang didakwa ramai pihak mengandungi mayat-mayat pelarian Rohingya. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "