Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Universiti Jual Rokok Seludup Di Dalam Kampus Universiti Demi Menampung Kos Sara Hidup

25 Mei 2015
No Comment


PETALING JAYA: Seorang pelajar Universiti di sini telah menjalankan aktiviti menjual rokok seludup sebagai satu artenatif mencari wang tambahan menampung kos pelajarannya.

Memetik laporan mStar Online, pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zarif, 23, dia kini tidak lagi risau tentang status kewangannya kerana perniagaan rokok seludup mendapat sambutan daripada rakan-rakan.

Menurutya, penjualan rokok seludup amat laris di kampus kerana ia murah selain pelajar lain yang merupakan perokok boleh menjimatkan perbelanjaan mereka.

"Saya seronok menjual rokok seludup ini kerana mendapat permintaan tinggi daripada pelajar-pelajar, kerana harganya juga murah berbanding rokok bercukai di kedai luar.

"Sebagai senior, saya juga tidak berdepan saingan kerana diketahui sebagai 'tokan' rokok di kalangan pelajar," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Untuk mengelakkan perniagaannya ini tidak dapat dikesan oleh pihak universiti, Zarif hanya akan menjual rokok tersebut di asrama dan di kalangan kawan-kawan yang dikenalinya sahaja.

"Saya lebih menumpukan penjualan di asrama kerana kebanyakkan pelanggan saya selalunya malas untuk keluar kampus bagi mendapatkan rokok.

"Jadi saya memudahkan kerja mereka dengan menjual rokok di dalam asrama dengan harga yang lebih murah. Saya juga percaya mereka tidak akan bocorkan kepada sesiapa," ujarnya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu memberitahu, dia mendapat modal awal selepas memperolehi  pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Saya akui gunakan duit PTPTN untuk dijadikan modal, tetapi sehingga sekarang duit terkumpul sudah mencukupi untuk menampung modal yang dikeluarkan.

"Selalunya sekarton rokok akan habis dijual dalam sehari dan setiap minggu saya akan membawa masuk kampus lebih empat karton," katanya.

Dia juga mengakui bahawa tindakannya itu merupakan satu kesalahan besar bukan sahaja di dalam universiti bahkan juga menyalahi undang-undang. tetapi dengan penjualan rokok tersebut, dia mendapat keuntungan bersih kira-kira RM300 sebulan.

"Saya tahu perbuatan ini salah, namun saya cuma mahukan kehidupan yang lebih stabil dan mendapat sumber kewangan sendiri daripada mengharapkan ihsan ibu bapa.

"Buat masa ini saya tidak akan berhenti menjual sehinggalah saya tamat pengajian," jelasnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "