Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkejut jumpa mayat bayi kembar dalam almari

12 Mei 2015



GEORGETOWN: Sepasang bayi kembar perempuan menjadi mangsa sikap tidak berperikemanusiaan apabila dibuang dan ditinggalkan dalam almari kayu di tingkat tujuh Kompleks Mutiara, semalam.

Kejadian itu disedari oleh seorang tukang cuci warga asing yang kebetulan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan pada jam 11 pagi.

Ketika ditemui, kedua-dua bayi itu masih bertali pusat dan uri, serta dibalut dengan sehelai kain, sebagaimana dilaporkan Harian Metro hari ini.

Menurut seorang saksi, Abdullah, 35, beliau bergegas ke tempat kejadian selepas diberitahu oleh tukang cuci berkenaan.

“Saya menjadi sebak dan pilu apabila melihat dua mayat bayi dalam keadaan mengiring hanya dibaluti tuala ditinggalkan dalam almari kayu terbabit.

“Saya turut geram kerana ada individu sanggup melakukan perbuatan kejam seperti itu dan jika tidak mahu bayi berkenaan sekalipun, mungkin dia boleh memberikannya kepada orang lain,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid turut mengesahkan kejadian terbabit.

“Siasatan mendapati bayi kembar terbabit dilahirkan cukup sifat sebelum ditinggalkan individu berkenaan dalam almari kayu yang tidak digunakan berhampiran lif pangsapuri itu.

“Setakat ini, siasatan awal mendapati suspek kemungkinan warga asing dan kami berusaha mengesan individu berkenaan,” katanya.

Kedua-dua mayat bayi perempuan itu dipercayai meninggal dunia ketika dilahirkan, malah pihak polis yakin mereka dibuang suspek pada awal pagi memandangkan tidak berbau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai digesa menyalurkan maklumat berhubung kejadian tersebut. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "