Seorang Pelajar Malaysia di London Dipenjarakan Gara-Gara Gambar Porno Kanak-Kanak
Gara-gara memiliki gambar dan video pornografi kanak-kanak, seorang pelajar dari Malaysia yang menuntut di Kolej Imperial London dihukum penjara selama lima tahun. Dia mempunyai koleksi sebanyak 30,000 gambar dan 1,156 video pornografi kanak-kanak.
Nur Nordin, berusia 23 tahun telah dijatuhkan hukuman tersebut oleh sebuah mahkamah di United Kingdom selepas dia mengaku bersalah terhadap 17 tuduhan iaitu memiliki, membuat serta mengedar gambar-gambar lucah kanak-kanak pada November lalu.
Selain itu, dia juga memiliki imej pronografi paling melampau dan keji pernah dilihat oleh Pegawai Polis Metropolitan.
Mirror.uk juga melaporkan dia ditahan setelah pihak berkuasa mendapati akaun internet miliknya telah memuat naik beribu gambar kanak-kanak dalam keadaan lucah.
Dia telah disifatkan sebagai melampau serta ketelaluan oleh pihak berkuasa negara itu kerana dia bukan sahaja memiliki malah telah menyebarkan foto-foto tersebut kepada umum menerusi internet.
Tertuduh yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, Perak ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dan dipertimbangkan untuk dihantar pulang ke Malaysia setelah taman menjalani hukuman. — Siakapkeli.my
Actually kelakar gak tapi kesian la mamat ni. Memang dia bersalah buat benda keji pedofil tapi sebagai manusia, kita patut doakan dia diberi hidayah.
BalasPadam(1) penjara
(2) lepas penjara deport
(3) Dah study dua tiga tahun terus forfeit
(4) hilang tajaan
(5) bayar balik sponsor
(6) Susah nak ada masa depan (refer 5) macam mana nak bayar balik?
Memang benci pun ada dengan perangai mamat ni harumkan nama Malaysia dah elok dapat belajar luar negara. Tapi kesian pun ada sebab aku ni manusia. Harap mamat ni tak bunuh diri je la.