Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Cina Menggendong Sahabatnya Setiap Hari untuk ke Sekolah Selama Tiga Tahun

2 Mei 2015


Tersenyum SK melihat keihklasan seorang sahabat yang sanggup berbuat sedemikian semata-mata sebagai seorang sahabat. Betul lah bab kata, mencari kawan senang bersama senang tetapi mencari kawan susah bersama memang susah.

Xie Xu berusia 18 tahun merupakan seorang pelajar di Sekolah Tinggi Daxu di Xuzhou, China. Baru-baru ini dia menjadi tumpuan orang ramai dan popularitinya kini sebagai selebriti setelah kisah persahabatnnya yang hebat bersama rakan sekelasnya Zhang Chi tersebar di internet.

Zhang merupakan sahabatnya telah menderita akibat penyakit distrfi otot yang melemahkan otot sehingga menyebabkannya tidak larat untuk melakukan kegiatan hariannya seperti berjalan, memakai pakaian dan jika lebih teruk dia mungkin tidak lagi mampu untuk menyuap makanan sendiri.

Bagaimanapun demi memastikan sahabatnya yang tidak bernasib baik ketinggalan dalam pelajaran, Xie telah menggendong Zhang di belakangnya ke sekolah dan bulang ke rumah setiap hari semenjak tigak tahun yang lalu.

Guru besar sekolah tersebut mengatakan hubungan persahabatan mereka sangat kuat.

"Kisah dua orang pelajar ini sangat memberi inspirasi dan menyentuh hati. Biarkan mereka bukan keluarga tetapi Xie telah melakukan perkara ini selama tiga tahun. Dia merupakan pelajar yang paling bagus. Dia juga menyerapan nilai-nilai murni terhadap pelajar-pelajar lain", kata guru besar.

Apa yang menyedihkan pula, mereka berdua akan berpisah mengikut haluan hidup masing-masing tidak lama lagi. Xie ingin ke Institut Politeknik Nanjing sementara Zhang pula pula akan mengambil peperiksaan kemasukan kolej tidak lama lagi. — Siakapkeli.my






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "